Home> Branches> Terengganu

    Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terancat Akal Kuala Terengganu

    About Us

    Sebagai sebuah organisasi yang teguh, matlamat kami disini hanyalah untuk membantu kanak - kanak istimewa dan kurang upaya yang terdiri daripada buta, sindrome down, cacat anggota badan, terencat akal dan lemah daya pemikiran.Kesemua mereka adalah terdiri diantara 14 hingga 54 tahun.

    Pada permulaan penubuhan Mei 2004 ianya merangkumi 5 orang penghuni dan sehingga kini menjangkau 24 orang kesemuanya. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal K. Terengganu ini diawal penubuhannnya adalah merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa. Matlamat pusat ini secara jangka panjang adalah untuk menempatkan kanak kanak istimewa ini supaya dapat berdikari sendiri tanpa bantuan atau sokongan orang lain pada masa akan datang. Disamping itu pusat ini sering menganjurkan beberapa aktiviti yang berfaedah secara berterusan demi kebaikan kanak – kanak tersebut agar mereka dapat menjalani hidup dengan lebih baik lagi pada masa akan datang seiring dengan matlamat kerajaan.

    Company Structure

    V. Rajamanikam, PIS

    Founder / Chairman
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    Tuan Haji Mohd Farid
    Chairman
     
    S. Murugaiyah @ Jeevah
    Vice President
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    Director Operations
    R. Rajasegar
     
    Administrator
    Logeswary Segar

    Facilities

    Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal K. Terengganu, menyediakan berbagai kemudahan dan latihan kepada penghuni-penghuninya. Bangunan pusat ini ialah sebuah rumah 2 tingkat yang mempunyai 7 bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur dan juga ruang tamu yang dilengkapi dengan sebuah peti telivisyen. Pusat ini juga mempunyai sebuah van yang digunakan untuk membawa penghuni-penghuni ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Van tersebut juga digunakan untuk membawa mereka bersiar-siar dan untuk membeli barang-barang keperluan di pusat ini.

    Kami juga memberikan dan merancang beberapa aktiviti seperti melukis, mewarna, kesenian dan kraftangan bagi memenuhi masa penghuni-penghuni selama berada di pusat ini. Kami sentiasa berusaha dan berharap untuk memberikan perkhidmatan yang sempurna dengan menyediakan tempat dan suasana yang bersih dan sihat kepada penghuni-penghuni istimewa di pusat ini.

    How to Help

    Account Number:
    Receiver name:
    SWIFT:
    1302-0018587-05-7
    PUSAT PENJAGAAN KANAK KANAK TERENCAT AKAL, K-TERENGGANU
    CIBBMYKL

    Keep in Touch With Us

    location_on  
    No. 160, Jalan 12, Taman Padang Midin, 21400 Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman, Malaysia.
    phone  
    09-624 3273
    print  
    09-624 3273
    mail   [email protected]